Program Jati Diri KAA

 Program Jati Diri KAA telah berlangsung pada Tahun Baru Cina yang lepas. Seramai 80 orang pelajar kelas aliran agama terdiri dari pelajar tingkatan dua hingga empat telah mengikuti program ini.. Program ini diadakan untuk menerapkan nilai-nilai murni ke dalam diri peserta-peserta program seterusnya untuk merapatkan lagi ukhwah sesama pelajar tersebut. Terdapat pelbagai aktiviti yang menarik telah disusun dengan baiknya untuk mengisi jiwa dan meninggalkan 1001 kenangan di dalam diri peserta-peserta.

Ucapan Terima Kasih tidak terhingga kepada guru-guru yang telah mengorbankan masa dan tenaga bagi menjayakan program tersebut. Bak kata Datin Pengetua: "Kalau cikgu-cikgu mendidik anak orang dengan baik, pasti Tuhan jua tidak sia-siakan anak cikgu-cikgu semua"..

 Kami puteri cemerlang bha...

Sekolahku Rumahku

STPM Tansau Cemerlang

Tidak di nafikan lagi keputusan PMR2009 amat membanggakan semua warga Tansau, khususnya guru-guru yang mengajar pelajar tingkatan 3 pada tahun lepas, Segala penat lelah mereka akhirnya membuahkan hasil... Sekalung ucapan tahniah dan terima kasih pihak sekolah kepada guru-guru ini kerana telah menjadikan keputusan PMR terbaik di seluruh Penampang

Sekali lagi, nama SMK Tansau disebut-sebut orang ramai khususnya daerah Penampang, kerana dengan keluarnya keputusan STPM tahun lalu, sekali lagi SMK Tansau berjaya mendapat No 1 bagi seluruh daerah Penampang.. Kejayaan ini sudah cukup meletakkan SMK Tansau di tangga ke 25 seluruh negeri Sabah atas keputusan cemerlang itu. Tahniah kepada guru-guru Ting 6, segala pengorbanan mereka membuah hasil yang cukup membanggakan

Khamis ini tanggal 10 Mac 2010, keputusan SPM akan diumumkan sama-sama lah kita mendoakan kejayaan masih menjadi milik Tansau..

Sekolahku Rumahku

Maklumat Penting, Sila Ambil Perhatian


"Sekolahku Rumahku"

Kejohanan Maraton Sekolah-Sekolah Peringkat Daerah

SMK Tansau, Penampang kali ini telah diberikan kepercayaan oleh PPD Penampang untuk menjadi tuan rumah bagi menganjurkan Kejohanan Maraton Peringkat Daerah bagi tahun 2010. Kepercayaan ini merupakan aset besar bagi semua warga sekolah ini bagi membuktikan SMK Tansau merupakan antara sekolah terbaik bagi daerah Penampang. Kejohanan Maraton ini akan berlansung pada 16 Januari 2010 (Sabtu)yang akan disertai oleh seluruh sekolah di kawasan Penampang. Warga SMK Tansau khasnya para guru dan AKS dikerah untuk berganding bahu bagi menjayakan pertandingan ini. Diharapkan semoga kejohanan ini sekolah kita akan menjadi JUARA dan sokongan daripada penduduk setempat diperlukan untuk memberi semangat kepada peserta-peserta kita. Kepada wakil peserta sekolah kita agar membuat persiapan dari segi mental dan fizikal supaya dapat meraut keseluruhan pingat emas bagi setiap kategori yang di pertandingkan.

Sekolahku Rumahku

Mini Maraton Peringkat Sekolah

Tanggal 12 Januari 2010, Sek. Men. Keb Tansau, Penampang telah menganjurkan Mini Maraton 2010. Pertandingan ini melibatkan warga sekolah ( Pelajar Ting.1-Ting.5 )yang mewakili rumah sukan masing-masing. Jarak maraton ini terbahagi kepada 2 iaitu 8KM (pelajar lelaki menengah atas) dan 6KM (pelajar menengah rendah serta pelajar perempuan). Pihak sekolah mengucapkan ribuan ucapan terima kasih kepada semua yang terlibat bagi menjayakan pertandingan ini.

"Sekolahku Rumahku"

Lagu Sekolah

Staf

Pentadbiran SMK Tansau

Sejarah Sekolah

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TANSAU, PENAMPANG

Makluman

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..
Blog ini dalam proses pembikinan dan penambahbaikan
Harap bersabar
 

Contribution by

This blog was contributed by SMK Tansau Photography Team.