Maklumat Penting, Sila Ambil Perhatian


"Sekolahku Rumahku"

Kejohanan Maraton Sekolah-Sekolah Peringkat Daerah

SMK Tansau, Penampang kali ini telah diberikan kepercayaan oleh PPD Penampang untuk menjadi tuan rumah bagi menganjurkan Kejohanan Maraton Peringkat Daerah bagi tahun 2010. Kepercayaan ini merupakan aset besar bagi semua warga sekolah ini bagi membuktikan SMK Tansau merupakan antara sekolah terbaik bagi daerah Penampang. Kejohanan Maraton ini akan berlansung pada 16 Januari 2010 (Sabtu)yang akan disertai oleh seluruh sekolah di kawasan Penampang. Warga SMK Tansau khasnya para guru dan AKS dikerah untuk berganding bahu bagi menjayakan pertandingan ini. Diharapkan semoga kejohanan ini sekolah kita akan menjadi JUARA dan sokongan daripada penduduk setempat diperlukan untuk memberi semangat kepada peserta-peserta kita. Kepada wakil peserta sekolah kita agar membuat persiapan dari segi mental dan fizikal supaya dapat meraut keseluruhan pingat emas bagi setiap kategori yang di pertandingkan.

Sekolahku Rumahku

Mini Maraton Peringkat Sekolah

Tanggal 12 Januari 2010, Sek. Men. Keb Tansau, Penampang telah menganjurkan Mini Maraton 2010. Pertandingan ini melibatkan warga sekolah ( Pelajar Ting.1-Ting.5 )yang mewakili rumah sukan masing-masing. Jarak maraton ini terbahagi kepada 2 iaitu 8KM (pelajar lelaki menengah atas) dan 6KM (pelajar menengah rendah serta pelajar perempuan). Pihak sekolah mengucapkan ribuan ucapan terima kasih kepada semua yang terlibat bagi menjayakan pertandingan ini.

"Sekolahku Rumahku"

Lagu Sekolah

Staf

Pentadbiran SMK Tansau

Sejarah Sekolah

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TANSAU, PENAMPANG

Makluman

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..
Blog ini dalam proses pembikinan dan penambahbaikan
Harap bersabar
 

Contribution by

This blog was contributed by SMK Tansau Photography Team.